Ahad, 6 Mac 2011

Skype menemukan suara2 seOrang sahabat

Assalamualaikum....wrb .. dan Salam Silaturrahim..

Jika dulu... kami perlu mengingati puluhan ..malahan ratusan nOmbOr2....untuk apa..??
Mencatit dihelaian kertas jauh sekali bagi sesetengah insan2 istimemwa seperti kami....kerana..
bukan semua dikalangan kami .. dikurniakan kemampuan yang sama..walaupun hakikatnya ia satu keperluan... 


Menulis braillle memang perlu dipelajari sejak dari awal usia.. tapi...nasib kami juga bukan semua sama...kerana..  kesedaran tentang mempelajari tulisan braille di pertengahn usia.. mungkin agak lewat bagi mereka yang ketinggalan di usia kanak2..

Alhamdulillah... Di era glObalisasi ini... berbagai alat penghubung kOmunikasi dicipta demi satu visi dan misi... yang mulia... yakni merapatkan silaturrahim... 
Walau jauh di kaki langit... kita kini masih dapat berhubung dengan sesiapa yang kita impikan...

Pastinya.. insan seperti saya ini..tidak mahu ketinggalan untuk memajukan pengetahuan dalam dunia ICT  yang berarus deras seperti thunami di Aceh... Maka dengan usaha dan impian ingin bersatu kembali menemui sahabat2 lama... saya mendampingkan diri dengan kecanggihan perisian JAWS WINDOW seterusnya menyertai talian SKYPE.. bagi menunaikan tuntutan celik IT bagi setiap warga Malaysia....

Syukur ke hadrat illahi... ramai sudah sahabat2 lame.. saudara mara.. yang jauh mahupun yang dekat mudah dihubungi seOlah Olah kami sedang berbual di meja makan saja layaknya..
Bagi insan istimewa  seperti kami... berjumpa dimana saja pun tetap sama... hanya suara yang kami perlukan... ceria bercerita tanpa mempertikaikan...batas masa...        
 

Jumaat, 4 Mac 2011

Selamat datang 2O11..

               Assalamualaikum...wrb
 Selamat menyambut.tahun 2O11 dengan azam dan semangat yg lebih kental.. 
JemariPintar akan mengOrak selangkah dalam khidmat rawatan mengurutnya bermula 
tahun 2O11 ini.. dengan menyediakan peluang mempelajari cara mengurut badan secara asas.
Dari itu JemariPintar mengalu alukan kepada sesiapa yg berminat .....

 

Ramadhan Al-Mubarak.. JemariPintar tetap memberi khidmat rawatan.


Salam Silaturrahim.. buat semua..!

JemariPintar ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan
AlMubarak 1431H tak lama lagi..

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjejakkan kaki di teratak JemariPintar untuk mendapatkan khidmat rawatan di sini selama ini.
Segala sokongan, pandangan dan teguran demi kebaikan bersama amat saya hargai..

JemariPintar tetap menjalankan khidmat rawatannya walaupun berada di bulan Ramadhan.. Namun panggilan awal untuk tempahan temujanji rawatan amat dialu alukan.
Rawatan mengurut pada hari2 bekerja adalah dari jam 10.00 malam ke atas...
Sementara  itu pada hari Sabtu dan Ahad pula bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.. 
dan 10.00 malam ke atas..   

Kami sentiasa memberikan yang terbaik..insyaAllah.