Selasa, 10 Mac 2009

Lokasi Teratak JemariPintar



Selamat Berkunjung..
JemariPintar dikendalikan oleh saya sendiri sejak 4 tahun sebelum ini hinggalah sekarang.
Menyediakan bilik rawatan mengurut di kediaman sendiri dengan kelengkapan berurut yang serba sederhana..
Hubungi dan temui saya segera di:

Juru Urut: ISMAIL B. SAPAWI
Lokasi Kediaman: BLOK D, PPR LAKSAMANA JALAN KELEDEK OFF JALAN PEEL,
CHERAS. KL.
Talian Khidmat: (H/P): 013-3945600  (H): 03-92825600
ATAU Layari: jemaripintar.blogspot.com

Persediaan Sebelum Berurut

Bagi memastikan anda berada dalam situasi selesa sebelum,semasa dan selepas berurut, di sini JemariPintar telah menyenaraikan beberapa panduan yang perlu dipatuhi:
PASTIKAN ANDA..

1. TIDAK mengambil sebarang makanan 2 jam sebelum sessi berurut
2. TIDAK dalam keadaan demam semasa temu janji untuk berurut
3. TIDAK mengalami bengkak pada sendi akibat salah urat/terseliuh
4. TIADA mengalami penyakit radang sendi(GOUT) sebelum berurut
5. TIDAK menghidapi penyakit tulang rapuh
6. TIADA mengalami kecederaan retak atau patah tulang sebelum berurut
7. TIDAK dalam keadaan mabuk atau pengsan semasa datang berurut
8. TIDAK dalam tempoh selepas pembedahan(kecuali selepas 5bulan pembedahan)
9. JANGAN mandi selepas berurut(kecuali selepas 2jam berurut)
10. JANGAN LUPA MEMBUAT TEMUJANJI 2JAM SEBELUM DATANG BERURUT
11. PASTIKAN anda menanggalkan dan menyimpan barang2 berharga seperti rantai
tangan,rantai leher,jam tangan,cincin dsb.nya sebalum bermula sessi berurut.

CAJ ISTIMEWA di JemariPintar

Di JemariPintar anda akan dapat merasakan kepuasan tempoh rawatan yang maksima...
dan caj rawatan yang minima...
Kebiasaannya tempoh rawatan mengurut seluruh badan akan mengambil masa selama lebih kurang 1jam 30minit.Namun begitu ia bergantung juga kepada masalah yang dialami  oleh pesakit.

ISTIMEWAnya..TIADA CAJ TAMBAHAN yang perlu anda jelaskan,walaupun TEMPOH RAWATAN BERTAMBAH..!!!
JemariPintar hanya mengenakan Caj Rawatan sekadar RM50 sahaja...!! bagi setiap selesai sessi rawatan.
Caj rawatan serendah ini tidak akan anda perolehi di mana2 pusat mengurut di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI kami adalah setiap hari dari jam 9.00pagi hingga 12.00 malam .TEMU JANJI AWAL 2jam sebelum datang amat diharapkan bagi mengelakkan saudara lama menunggu.

Mengurut Seluruh Badan(hanya lelaki sahaja)




Rawatan mengurut seluruh badan ini hanya untuk lelaki sahaja.Ini kerana pengunjung perlu diurut keseluruhan badannya.Sehelai tuala akan diberikan sebagai persalinan.
Mengurut seluruh badan ini menjurus kepada seluruh pusat2 refleksi tubuh. Teknik urutan ini dipraktikkan secara picitan dan lurutan menggunakan kedua ibu jari dan tapak tangan.Picitan terus ke pusat refleksi bertujuan membongkar punca kesakitan yang dialami.Dalam masa yang sama ia diselangi dengan lurutan berulang alik yang bertujuan menyeimbangkan kelancaran pengaliran darah selain bagi memberikan kesan keselesaan pada pesakit.
Proses urutan dimulakan dari bahagian belakang yang melibatkan sendi2 dan urat2 pangkal bahu hingga ke jari2 kaki.Bahagian depan pula melibatkan otot2 depan kaki,otot2 perut,bahu hingga ke jari jemari tangan.Seterusnya ke tengkuk dan leher,telinga dan sekitar kepala.Bahagian muka juga perlu diberikan perhatian bagi mengurangkan masalah stress.Rawatan ini akan di akhiri dengan 'BUNGA URUTAN' yang bertujuan mengembalikan kesegaran dari rasa mengantuk ketika sessi rawatan mengurut dijalankan.

Isnin, 9 Mac 2009

Latar Belakang JemariPintar


JemariPintar adalah pengamal  Rawatan Mengurut Ala Taiwan yang sedang dikendalikan secara persendirian oleh Ismail Sapawi seorang OKU Penglihatan dan Pendengaran. Telah mempeolehi sijil tauliah layak
mengurut dari M.A.B.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Mula melibatkan diri dalam kerjaya mengurut di sekitar Damansara selama setahun bersama seorang rakan kongsi yang senasib dengan saya. Disebabkan masalah kemelesetan ekonomi ketika itu, sambutan masyarakat kurang memberansangkan. Saya mengambil keputusan mencari haluan sendiri.
Dalam tempoh bangun semula, saya meneruskan kerjaya mengurut dengan memenuhi tempahan ke mana saja diperlukan. Namun.. kepayahan meredah kekurangan diri yang semakin membatas, saya tidak dapat lagi meneruskan kerjaya ini seperti sebelumnya.
Sudah jerih saya menunggu bagi mendapatkan ruang untuk bertapak semula, akhirnya saya akur bahawa saya tidak perlu berharap apatahlagi menagih simpati.
Atas sokongan dan dorongan isteri, saya memulakan khidmat JemariPintar dengan serba sederhana di bilik khas di kediaman saya sejak 2005 hingga kini.

Pengenalan Rawatan Tradisional Ala Taiwan


Rawatan tradisional adalah satu kaedah rawatan universal yang telah digunakan oleh sebahagian masyarakat di rantau ini sejak beratus tahun lamanya. Di antara kaedah rawatan yang berkait rapat dengannya adalah BERURUT.
Berurut merupakan suatu kaedah rawatan paling berkesan dalam masalah yang berkaitan dengan urat saraf.Rawatan secara urutan dapat meransang pengaliran darah dalam sistem badan seseorang.Ini kerana,semasa proses urutan berlangsung,urat2 saraf akan mengembang justeru melancarkan pengaliran darah keseluruh tubuh badan kita. Ia juga berupaya membantu melancarkan proses penyingkiran sisa toksin yang masih berbaki dalam salur darah melalui proses semula jadi tubuh.
Dalam kaedah rawatan tradisional,proses tindak balas pemulihan amat menitik beratkan petua dan pantang larang.Samada dari segi pemakanan ataupun perlakuan. Kesimpulannya,tahap keberkesanan dalam tempoh pemulihan bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mematuhi pantang larang yang disarankan.