Jumaat, 31 Disember 2010

Tinggalkan 2O1O dengan iktibar


Assalamualaikum wrb..

JemariPintar masih disini.. Namun tahun 2O1O terpaksa memberikan lambaian terakhirnya...
Banyak peristiwa pOsitif yg terjadi sepanjang pertengahan 2O1O yg lalu dlm diari JemariPintar .
Tapi x kurang juga yg negatifnya.. apa pun biarlah ia sebagai peransang untuk menjadikan kami lebih baik dari yg sebelumnya..
Misi kami tetap sama.. MENGUTAMAKAN KEPUASAN PELANGGAN.. MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN..

Buat pembaca blOg kami, JemariPintar ingin mengwar-warkan bahawa selain menyediakan khidmat rawatan mengurut..disini juga telah diadakan KELAS BELAJAR ASAS PRA ALQURAN (IQRA')
BAGI KANAK2 DAN DEWASA.. sejak 6 tahun yg lalu..

Bagi kaum ibu atau remaja wanita dewasa yg ingin mempelajari atau memperbaiki bacaan AlQuran.. insyaallah tenaga pengajar disini akan memberikan laluan mudah untuk sesiapa yg berhajat belajar di rumah.
Sebagai penyambung bicara dalam masalah ini.. hubungi saja Pn Aspha di talian O13- 22732O9..

Ketahuilah sesungguhnya.. mempelajari ilmu tajwid itu adalah fardhu kifayah..dan mengamalkannya dalam bacaan AlQuran adalah WAJIB bagi setiap Orang Islam yg beriman..

Sempena tahun baru 2O11 yg akan sampai x lama lg.. marilah kita buka buku baru dan tinggalkn buku lama
dengan penuh iktibar kearah memperOlehi rahmat dan barakahNYA..
JemariPintar juga bersedia memberi bimbingan mengurut secara asas bagi anda yg berminat mempelajarinya..Rundingan bOleh terus berjumpa Juru Urut En. Ismail Sapawi..

ILMU YG TIDAK DIAMALKAN DAN DIAJARKANKAN.. SAMALAH SEPERTI SEPOHON POKOK YG TIDAK MENGELUARKAN BUAH....
Selamat Menyambut tahun 2O11 dengan hikmah.. Wassaalam..

Jumaat, 16 April 2010

Selamat Bersua Kembali di..2010..


ASSALAMUALAIKUM..

Dah pun cukup setahun saya tak menjengah blopg nii.. Emm..samalah umurnya dengan baby comel manja nii.. Si Manja ni cukup aktif.. sesaat pun susah nak tengok dia diam..kecuali tidorr.. Muhammad Danish Izzuddin bin Azizul..(Baby comel ni kami jaga saya sejak usianya 3bulan lagi) Papa si manja ni lah pelanggan pertama saya ketika saya memulakan kerjaya mengurut di kediaman saya sekarang.. Sejak ada si Manja Danish, hari saya semakin sibuk dan lebih ceria.. Oleh sebab itu jugalah saya memang kesuntukan masa nak memperbaharui catatan saya setiap masa.. Lebih2 lagi bila pembantu peribadi saya juga bergelut dengan masanya yang penuh dengan aktiviti kelas mengajar IQRA' dan ALQUR'AN untuk dewasa dan kanak2..

Hinggakan..
Kawan2 dan kenalan yang melayari blog saya pun dah syak yang saya dah tutup kedai.. Ehh..taklah.. Saya masih lagi menjalankan khidmat mengurut saya macam biasa.. Inikan kerjaya saya.. Bahkan sekarang saya bersyukur setinggi tinggi kesyukuran padaNYA kerana permintaan semakin menggalakkan..

Untuk makluman.. bermula awal 2010 yang lalu.. setiap pelanggan yang menjalani sessi rawatan mengurut pasti dihidangkan dengan lagu2 pilihan yang diminta.. Dari mula sessi mengurut hinggalah selesai.Pokoknya.. pilih saja.. Dari lagu2 60an hinggalah ke lagu2 90an..

Biasanya.. bila berurut sambil mendengar alunan2 lagu nii.. ada juga yang terlena sampai tak sedar sessi brurut dah hampir selesai.. itu pun sebab bila saya terpaksa kejutkan mereka untuk urutan bahagian terakhir.. sampai ada yang kata.. "Eh..! dah siap ke bang..? Rugi saya.. tak dapat rasa macam mana sedap kena urut tadi..!" He3..

Bagi mereka yang dah tau rasa rugi tak dapat menikmati sessi berurut pulak.. ada gak yang sanggup menahan rasa mengantuk dengan sentiasa terus bersembang dengan saya sampai selesai sessi berurut dijalankan.. Saya pulak tak pernah rasa jemu melayan hati2 pelanggan saya.. Saya sentiasa ingin memastikan khidmat yang saya berikan akan sentiasa memuaskan hati2 pelanggan yang memerlukan khidmat saya.

Macam Slogan 2010 saya yang dah lama saya amalkan nii..
"PELANGGAN DIDAHULUKAN, PERKHIDMATAN DIUTAMAKAN"
Wassalam.