Jumaat, 16 April 2010

Selamat Bersua Kembali di..2010..


ASSALAMUALAIKUM..

Dah pun cukup setahun saya tak menjengah blopg nii.. Emm..samalah umurnya dengan baby comel manja nii.. Si Manja ni cukup aktif.. sesaat pun susah nak tengok dia diam..kecuali tidorr.. Muhammad Danish Izzuddin bin Azizul..(Baby comel ni kami jaga saya sejak usianya 3bulan lagi) Papa si manja ni lah pelanggan pertama saya ketika saya memulakan kerjaya mengurut di kediaman saya sekarang.. Sejak ada si Manja Danish, hari saya semakin sibuk dan lebih ceria.. Oleh sebab itu jugalah saya memang kesuntukan masa nak memperbaharui catatan saya setiap masa.. Lebih2 lagi bila pembantu peribadi saya juga bergelut dengan masanya yang penuh dengan aktiviti kelas mengajar IQRA' dan ALQUR'AN untuk dewasa dan kanak2..

Hinggakan..
Kawan2 dan kenalan yang melayari blog saya pun dah syak yang saya dah tutup kedai.. Ehh..taklah.. Saya masih lagi menjalankan khidmat mengurut saya macam biasa.. Inikan kerjaya saya.. Bahkan sekarang saya bersyukur setinggi tinggi kesyukuran padaNYA kerana permintaan semakin menggalakkan..

Untuk makluman.. bermula awal 2010 yang lalu.. setiap pelanggan yang menjalani sessi rawatan mengurut pasti dihidangkan dengan lagu2 pilihan yang diminta.. Dari mula sessi mengurut hinggalah selesai.Pokoknya.. pilih saja.. Dari lagu2 60an hinggalah ke lagu2 90an..

Biasanya.. bila berurut sambil mendengar alunan2 lagu nii.. ada juga yang terlena sampai tak sedar sessi brurut dah hampir selesai.. itu pun sebab bila saya terpaksa kejutkan mereka untuk urutan bahagian terakhir.. sampai ada yang kata.. "Eh..! dah siap ke bang..? Rugi saya.. tak dapat rasa macam mana sedap kena urut tadi..!" He3..

Bagi mereka yang dah tau rasa rugi tak dapat menikmati sessi berurut pulak.. ada gak yang sanggup menahan rasa mengantuk dengan sentiasa terus bersembang dengan saya sampai selesai sessi berurut dijalankan.. Saya pulak tak pernah rasa jemu melayan hati2 pelanggan saya.. Saya sentiasa ingin memastikan khidmat yang saya berikan akan sentiasa memuaskan hati2 pelanggan yang memerlukan khidmat saya.

Macam Slogan 2010 saya yang dah lama saya amalkan nii..
"PELANGGAN DIDAHULUKAN, PERKHIDMATAN DIUTAMAKAN"
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan